AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
PERINTAH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN JADUAL KEEMPAT) 2021
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 33C(2) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
- (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan Jadual Keempat) 2021.
- (2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 13 September 2021.
Penggantian Jadual Keempat
- Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520] dipinda dengan menggantikan Jadual Keempat dengan Jadual yang berikut: