Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama UMP Holdings Sdn Bhd akan mengadakan Program Multidisciplinary BIM With AR/VR Application & Laser Scan Data Processing. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula pada Mei 2023 sehingga Julai 2023 bertempat di BIM UMPH Digital Construction Centre, Kompleks UMP Holdings Gambang Pahang.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?
- 1) Warganegara Malaysia.
- 2) Berumur tidak melebihi 30 tahun.
- 3) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
- 4) Pemohon telah menamatkan pengajian diploma atau ijazah dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC).
- 5) Pemohon boleh memberikan komitmen sepanjang kursus berjalan iaitu selama 2 bulan
APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?
- 1) Kursus intensif BIM selama 2 bulan
- 2) Latihan pentauliahan CIDB BIM Advance Modeller (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
- 3) Pendedahan pelaksanaan projek sebenar
- 4) Tips & tricks bagi latihan teknikal
- 5) Elaun & Penginapan sepanjang kursus disediakan.
BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?
- Sila hantar salinan resume, bukti tamat pengajian (surat senat atau sijil) dan surat pemberhentian kerja (sekiranya diberhentikan) kepada alamat emel berikut:
• [email protected]
• [email protected] - Dokumen-dokumen boleh dihantar melalui emel bermula 6 Mac 2023 sehingga 19 Mac 2023.
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga.
- Â Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami seperti talian berikut :
• Pn. Nor Aini : +60111-6324658
• En. Razif Abdullah : +603-4047 8055