Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mengadakan Program Multidisciplinary BIM With AR/VR Application & Laser Scan Data Processing. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula pada September 2024 sehingga November 2024 bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?
- 1) Warganegara Malaysia.
- 2) Berumur tidak melebihi 30 tahun.
- 3) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
- 4) Pemohon telah menamatkan pengajian diploma atau ijazah dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC).
- 5) Pemohon boleh memberikan komitmen sepanjang kursus berjalan iaitu selama 2 bulan
APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?
- 1) Kursus intensif BIM selama 2 bulan
- 2) Latihan pentauliahan CIDB BIM Advance Modeller (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
- 3) Pendedahan pelaksanaan projek sebenar
- 4) Tips & tricks bagi latihan teknikal
- 5) Elaun & Penginapan sepanjang kursus disediakan.
BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?
- Sila lengkapkan borang digital melalui kod QR yang tertera di dalam poster hebahan
- Tarikh hebahan bermula pada 12 Ogos 2024 dan berakhir pada 28 Ogos 2024.
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga.
- Â Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami seperti talian berikut :
• Admin : +6016-2672016
• Email : [email protected]