Skip to main content
Tampilan KhasBerita

Program Kolaborasi Dengan Plus Malaysia Berhad, Kontraktor Terokai Peluang Menjadi Vendor Plus

By Jun 13, 2024No Comments

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Pejabat CIDB Negeri Johor telah menganjurkan Program Vendor dengan kerjasama Syarikat PLUS Malaysia Berhad. Program ini merupakan satu platform kepada kontraktor menerokai peluang untuk menjadi vendor PLUS Malaysia Berhad. Program ini telah dihadiri oleh 100 syarikat kontraktor daripada pelbagai gred dan kategori.

Objektif penganjuran Program Vendor ini adalah sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan projek pembinaan yang ditawarkan oleh Syarikat PLUS Malaysia Berhad kepada kontraktor. Selain itu, program ini adalah langkah pro-aktif untuk menjalinkan usahasama dan ruang kerjasama di antara agensi kerajaan dan swasta bagi memperluaskan penglibatan kontraktor dalam projek-projek swasta dan tidak hanya tertumpu kepada projek kerajaan sahaja.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah CIDB Negeri Johor, Sr Ahmad Farrin Bin Mokhtar dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan PLUS Malaysia Berhad, Sr Azita Binti Mohamed Tahir dan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Johor, Puan Suhada Binti Aman.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Pengarah CIDB Negeri Johor, Sr Ahmad Farrin Bin Mokhtar berkata, program kolaborasi ini adalah sebahagian dari komitmen CIDB untuk membangunkan kontraktor serta membuka peluang kepada para kontraktor menceburi peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan. Selain itu, program kolaborasi ini dapat memberi manfaat serta membuka minda para kontraktor dalam usaha untuk meningkat dan mengembangkan penglibatan kontraktor kecil dan sederhana dalam projek-projek pembinaan terutamanya di bawah sektor swasta.

Selain pihak PLUS Malaysia Berhad, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Johor turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini dengan memberikan taklimat berkenaan Promosi Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan sesi perkongsian perniagaan oleh beberapa Vendor Binaan Bumiputera yang berjaya.

ace

This will close in 20 seconds