Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Program Jelajah BINA Townhall Se-Malaysia Memperkukuh Mekanisme Mewajibkan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

By Julai 22, 2024Julai 23rd, 2024No Comments
Bina Townhall Tour Programme Se-Malaysia Strengthens Mechanism to Mandate Industrial Building System (IBS)
Bina Townhall Tour Programme Se-Malaysia Strengthens Mechanism to Mandate Industrial Building System (IBS)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui CIDB IBS Sdn. Bhd. telah menamatkan Program Jelajah BINA Townhall Se-Malaysia di Kota Bharu, Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Encik Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir.

Program ini berlangsung dari November 2023 hingga Julai 2024, melibatkan lebih 1,207 peserta dari pelbagai pihak berkuasa dan industri tempatan.

Penganjuran di enam lokasi termasuk Cyberjaya (Zon Tengah), Johor Bahru (Zon Selatan), Pulau Pinang (Zon Utara), Kota Kinabalu, Kuching dan Kota Bharu (Zon Timur) bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi projek pembinaan swasta, selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nombor 4 Tahun 2024 yang berkuatkuasa mulai 10 Julai 2024.

CIDB melalui Kementerian Kerja Raya mensasarkan sekurang-kurangnya 70 skor IBS bagi permohonan pelan bangunan untuk projek pembinaan swasta, sesuai dengan Dasar Pembinaan Negara 2030.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya menekankan kepentingan penglibatan penuh daripada pihak berkuasa dan industri pembinaan serta peranan CIDB dalam mengawalselia pelaksanaan IBS mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Bina Townhall Tour Programme Se-Malaysia Strengthens Mechanism to Mandate Industrial Building System (IBS)

ace

This will close in 20 seconds