Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Program Eksplorasi TVET Tarik Minat Rakyat, Tawar Peluang Kerja

By Ogos 26, 2024No Comments
The TVET Exploration Programme Attracts People's Interest, Offers Job Opportunities

Program Eksplorasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 23-25 Ogos 2024 menjadi medium bagi mendedahkan golongan muda tentang kelebihan dan kepelbagaian jurusan yang wujud dalam bidang berkenaan.

Program yang berlangsung selama tiga hari merupakan program susulan daripada sambutan Hari TVET Negara 2024 dan pelancaran dasar TVET Negara 2023.

The TVET Exploration Programme Attracts People's Interest, Offers Job Opportunities

Sempena pameran itu, beberapa reruai dibuka mengikut jurusan tertentu sebagai pendedahan kepada umum, selain memberi perkhidmatan mengikut jurusan berkaitan. Banyak info terkini & kursus yang menarik ditawarkan dari CIDB Technologies Sdn Bhd & Akademi Binaan Malaysia.

Secara umumnya, program ini akan memfokuskan kepada empat elemen utama iaitu pameran teknologi dan kerjaya, pameran kisah kejayaan ikon TVET, Talk Show ikon TVET; dan konsultansi latihan dan kerjaya.

The TVET Exploration Programme Attracts People's Interest, Offers Job Opportunities

Selain itu, program Eksplorasi TVET juga memfokuskan pameran teknologi berdasarkan kepada sembilan sektor, iaitu kluster Automotif, Teknologi Aeroangkasa, Robotik dan IoT, Multimedia Kreatif dan Pembuatan Termaju.

Antara lain adalah Kluster Rel, Perladangan Moden, Pertanian dan Penternakan, Pembinaan dan Tenaga Boleh Ubah, dan Gaya Hidup.

Setiap kluster ini diterajui oleh agensi-agensi TVET yang berpengalaman dan akan memberi inspirasi kepada pengunjung tentang pelbagai peluang yang wujud dalam sektor-sektor ini.

ace prog

This will close in 20 seconds