Bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2024, CIDB meraikan semua individu dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan di seluruh Malaysia dengan mengadakan hari anugerah QUEST 2024 bertempat di MITEC, KL pada 22 Oktober 2024.
Dalam pada masa yang sama, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi perumahan mampu milik utama di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkerjasama dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU). Menggariskan kolaborasi strategik, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memperkukuhkan kualiti industri pembinaan dan pembangunan projek-projek PR1MA.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Nazri Bin Md Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Anggota Perbadanan PR1MA, YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, KEtua Eksekutif CIDB disaksikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya pada majlis anugerah QUEST 2024.
Kedua-kedua organisasi ini terus memperkukuhkan kerjasama MoU antara PR1MA dan CIDB dengan melibatkan beberapa objektif utama seperti penerapan teknologi pembinaan terkini seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS), Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) dengan syarat keperluan projek PR1MA bagi QLASSIC adalah sekurang-kurangnya 70%, begitu juga untuk Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC).