Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Persidangan RISM International Surveying Conference for Undergraduates (16th ISCU 2024)

By April 26, 2024No Comments
RISM International Surveying Conference for Undergraduates (16th ISCU 2024)

Persidangan RISM International Surveying Conference for Undergraduates (16th ISCU 2024) diadakan pada 20 April 2024. Persidangan ini mengumpulkan lebih dari 400 mahasiswa dari pelbagai bidang ukur pembinaan, termasuk ukur bahan, ukur tanah, ukur hartanah, dan ukur bangunan, dari universiti tempatan dan antarabangsa.

Bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat, Johor, persidangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mahasiswa mengenai profesion ukur dalam era dunia digital mampan. Pembentangan utama dibentangkan oleh Sr Ahmad Farrin Bin Mokhtar, Pengarah CIDB Negeri Johor, bertajuk “Sustainable Digitalised World: Charting The Future Of Surveying Professional.”

RISM International Surveying Conference for Undergraduates (16th ISCU 2024)

Skop pembentangan termasuk memberi pendedahan mengenai profesion jurukur bahan dalam era dunia digital mampan, serta memberi maklumat terkini mengenai pembinaan di Malaysia. Persidangan ini juga mendapat jemputan dari pihak Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (Royal Institution of Surveyors Malaysia – RISM).

RISM International Surveying Conference for Undergraduates (16th ISCU 2024)

prtl

 

 

This will close in 20 seconds