Skip to main content
BeritaHeights

Perlis Construction Week 2023

By Disember 18, 2023Disember 19th, 2023No Comments
Social Impact Assessment: A Cornerstone for Corporate Responsibility in Construction Projects

Perlis Construction Week 2023 telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 28 – 30 November 2023 merupakan satu program yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama diantara CIDB Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) & Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Perlis. Program ini telah menjadi satu platform penting sebagai medium perkongsian, membuka minda dan merangka langkah ke hadapan untuk membentuk negara yang lebih mampan terutamanya dalam sektor pembinaan khususnya di zon utara Malaysia. 

Dengan menekankan tema Pembinaan Mampan, CIDB telah memberikan perkongsian mengenai perjalanan Program Pembinaan Mampan Negara dan dua (2) garis panduan pembinaan berdaya tahan terhadap banjir dan tanah runtuh oleh CREAM menerusi seminar pada 30 November 2023 (Khamis). Acara kemuncak program juga telah diisi dengan Forum “Kerjasama Industri dan Akademia terhadap kelestarian industri Pembinaan”. 

Social Impact Assessment: A Cornerstone for Corporate Responsibility in Construction Projects

Program telah dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Teknologi CIDB Malaysia, Puan Zainora Zainal, Dekan FTKA (UniMAP), Prof. Madya. Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Abidin, Pengarah CIDB Negeri Perlis, Sr Rosli Zainon dan Pengarah – Pengarah CIDB Negeri dari zon utara. Program ini telah melibatkan para penggiat industri seperti kontraktor, pemaju, konsultan, akademia, ahli profesional, pelajar – pelajar teknikal dan agensi-agensi kerajaan.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds