Skip to main content
search

Personel Binaan

Pentauliahan Pengajar dan Penilai

PengenalanPengajar Bertauliah CIDBPenilai Bertauliah CIDBPentauliahan PengajarPentauliahan PenilaiSyarat PentauliahanCara Memohon Sebagai PentauliahanMaklumat Perhubungan

Program Untuk Industri

Pengenalan 

Di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akreditasi dan Pemerakuan) 1999, CIDB dipertanggungjawabkan untuk mentauliah individu-individu yang terlibat sebagai pengajar program latihan dan penilai bagi penilaian persijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).

Siapakah Pengajar Bertauliah CIDB?

Pengajar merupakan seseorang yang digajikan atau dilantik oleh pusat latihan yang diluluskan untuk melatih personel binaan, pekerja binaan mahir dan calon-calon yang memohon persijilan SKKP.

Siapakah Penilai Bertauliah CIDB?

Penilai merupakan seseorang yang menyelia atau menjalankan ujian dan proses berhubungan dengan akreditasi dan pemerakuan pekerja binaan mahir atau personel binaan.

Pentauliahan Pengajar

Pentauliahan pengajar merupakan suatu prosedur yang dilakukan oleh CIDB Malaysia untuk menilai dan memberi kelulusan kepada mana-mana pengajar yang dilantik oleh Pusat Latihan Bertauliah untuk melaksana sesi pengajaran dan pembelajaran program latihan CIDB di PLB CIDB yang ditauliahkan.

Pentauliahan Penilai

Pentauliahan penilai merupakan suatu prosedur yang dilakukan oleh CIDB Malaysia untuk menilai dan memberi kelulusan kepada mana-mana individu yang dilantik oleh CIDB Malaysia untuk menjalankan ujian dan penilaian terhadap calon-calon yang memohon persijilan SKKP di mana-mana tempat ujian yang diluluskan oleh CIDB

Apakah Syarat Pentauliahan Pengajar Dan Penilai CIDB?

Syarat-syarat pentauliahan pengajar dan penilai boleh didapati melalui pautan di bawah.

Syarat-syarat Pentauliahan Pengajar dan Penilai CIDB

Lihat Info Lanjut

Bagaimanakah Memohon Pentauliahan Sebagai Pengajar dan/atau Penilai CIDB?

Permohonan pentauliahan pengajar dan penilai CIDB dilakukan di atas talian melalui sistem CIMS-CIDB. Sila rujuk manual pengguna berkaitan pentauliahan penilai dan pengajar seperti yang disediakan di portal CIMS-CIDB.

Maklumat Perhubungan Pentauliahan Pengajar dan Penilai CIDB

Bagi Sebarang Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi CIDB Careline di;
Talian: +603-5567 3300 atau;
Emel: [email protected]

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

prtl

 

 

This will close in 20 seconds