Skip to main content
search

Kontraktor

Pembangunan Kontraktor & Latihan

Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK)Kursus Pengurusan Kontraktor (SKP)

Program Untuk Industri

Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK)

Misi BPK

Merangka, menganalisa dan membangunkan kontraktor dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam menghasilkan kontraktor yang berdaya saing dan berpotensi mencapai taraf antarabangsa.

Visi BPK

Sebagai tonggak dalam usaha meningkatkan imej industri pembinaan Malaysia melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti kontraktor seiring dengan fungsi CIDB ke arah melahirkan kontraktor yang berprestij tinggi.

Objektif BPK

  • 1. Peningkatan Kapabiliti
    Merangka, merancang dan melaksanakan program-program berkaitan peningkatan kapabiliti kontraktor dari aspek produktiviti, teknologi dan kualiti.
  • 2. Pembelajaran Berterusan
    Menerapkan ilmu pengetahuan serta kepakaran kontraktor berdasarkan perkembangan teknologi semasa
  • 3. Khidmat Nasihat
    Menyediakan khidmat nasihat kepada kontraktor  dalam membangunkan syarikat yang berprestasi tinggi dan kompeten
  • 4. Kerjasama Dan Libat Urus
    Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk melahirkan kontraktor-kontraktor yang lebih kompeten
  • 5. Program Usahawan
    Menyediakan program-program berkaitan usahawan binaan bagi melahirkan usahawan/kontraktor muda

Kursus Pengurusan Kontraktor (SKP)

Pengenalan

Program Latihan Pengurusan Kontraktor dibangunkan di bawah inisiatif program Pembangunan Kecekapan Kontraktor CIDB dan bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan keterampilan kontraktor di dalam industri pembinaan Malaysia. Sehubungan dengan itu program ini juga menggalakkan kontraktor dan kakitangan mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kompetensi mereka di dalam bidang yang ingin diceburi.

Kursus ini dilaksanakan oleh Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang berdaftar dengan CIDB. 

Objektif Program

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor dalam melaksanakan projek mengikut tred / kepakaran tertentu. 

Peserta yang lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Pengurusan Kontraktor (SKP) dan seterusnya melayakkan mereka untuk : 

  • i. Menambah pengkhuhusan dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor 
  • ii. Membida projek yang berkaitan dengan pengkhuhusan 
  • iii. Mendapatkan mata Continuous Contractor Development (CCD)

Senarai Modul yang Ditawarkan

BILKODTAJUK
1KK-T-001MASONRY WORKS PENERAPAN BATA & PELEPAAN
2KK-T-002PENJUBINAN
3KK-T-003PEMBENGKOKKAN BESI
4KK-T-004PERPAIPAN - BANGUNAN & SANITARI, RETIKULASI AIR
5KK-T-005PERPAIPAN - PEMBENTUNGAN (SEWERAGE)
6KK-T-006PEMASANGAN SILING & PLASTERBOARD
7KK-T-007PEMASANGAN - DRYWALL & DINDING SESEKAT
8KK-T-008PEMASANGAN STRUKTUR KELULI
9KK-T-009PERTUKANGAN BESI & LOGAM
10KK-T-010PEMASANGAN LAPISAN PELINDUNGAN KALIS AIR & PEMBAIKAN KONKRIT
11KK-T-011IBS - PRECAST CONCRETE PANEL
12KK-T-011(A)IBS - PRECAST COLUMN & BEAM (A)
13KK-T-012PEMBINAAN SISTEM, SALIRAN PERMUKAAN & SALIRAN BAWAH TANAH
14KK-T-013PEMBINAAN LANDSKAP & PEMBINAAN PADANG PERMAINAN
15KK-T-014PEMBINAAN PAVEMENT & PEMBINAAN HARDSTAND
16KK-T-015JAMBATAN
17KK-T-016STRUKTUR MARIN
18KK-T-017SISTEM BEKALAN AIR
19KK-T-018SISTEM PEMBENTUNGAN
20KK-T-019SISTEM PERLINDUNGAN CERUN
21KK-T-020KERJA PENYIASATAN & PENSTABILAN TANAH
22KK-T-021KERJA TANAH
23KK-T-022KERJA JALAN
24KK-T-023SISTEM PENYAMAN UDARA & PENGEDARAN UDARA
25KK-T-024SISTEM AUTOMASI BANGUNAN
26KK-T-025SISTEM PENCEGAH & PERLINDUNGAN KEBAKARAN
27KK-T-026SISTEM KESELAMATAN BANGUNAN
28KK-T-027KERJA PEMBAIKAN KONKRIT
29KK-T-028KERJA CERUCUK
30KK-T-029KERJA KACA
31KK-T-030KERJA BUMBUNG
32KK-T-031KERJA BANGUNAN - PERUMAHAN
33KK-T-032KERJA BANGUNAN - INSTITUSI PENDIDIKAN
34KK-T-033KERJA BANGUNAN - HOSPITAL
35KK-T-034KERJA BANGUNAN - PERNIAGAAN
36KK-T-035KERJA BANGUNAN - INDUSTRI
37KK-T-036(1)KERJA BANGUNAN - PENGUBAHSUAIAN (5 HARI)
KK-T-036(2)KERJA BANGUNAN - PENGUBAHSUAIAN (2 HARI)
38KK-T-037KERJA BANGUNAN - PENYENGGARAAN BANGUNAN & PERSEKITARAN
39KK-T-038KERJA CAT
40KK-T-039PEMASANGAN BUMBUNG & CLADDING LOGAM
41KK-T-040PEMASANGAN PAPAN TANDA ARAH
42KK-T-041HIASAN DALAMAN
43KK-T-042KAWALAN BANJIR
44KK-T-043LIF & ESKALATOR
45KK-T-044SISTEM BUNYI
46KK-T-045IBS - SISTEM BLOK
47KK-T-046IBS - SISTEM FORMWORK
48KK-T-047KERJA MEROBOH
49KK-T-048PENGURUSAN FASILITI

MOD Latihan

  • i. Latihan Pengurusan Teknikal ini dilaksanakan selama 5 hari berturut-turut dan dijalankan selama 8 jam sehari.
  • ii. Peserta diwajibkan untuk mengikuti latihan sebelum menduduki penilaian. Latihan akan dikendalikan oleh CIDB bersama/melalui Pusat Latihan Bertauliah (PLB) yang dilantik. Tempoh latihan adalah lima (5) hari dimana empat (4) hari latihan teori yang merangkumi pembelajaran kesemua sembilan (9) pakej latihan dan satu (1) hari peperiksaan penilaian
  • iii. Performance Assessment PAS dan Knowledge Assessment KAS.

Penilaian

Di akhir kursus, peserta akan menduduki ujian penilaian untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan peserta berkaitan dengan kursus yang dikenali sebagai Knowledge Assessment (KAS) dan Performance Assessment (PAS). Soalan ujian akan disediakan oleh CIDB.

Penilaian akan dilaksanakan berasaskan pengetahuan (KAS) dan prestasi (PAS) kepada peserta kursus, seperti yang telah ditetapkan oieh CIDB.

Kriteria penilaian terbahagi kepada dua (2) elemen tersebut, seperti berikut:

  • a) Bahagian pertama penilaian prestasi (PAS) – penilaian berbentuk aplikasi/simulasi Penilaian ini boleh diberikan berbentuk individu atau berkumpulan. Calon akan diminta menjawab dengan memberikan cadangan atau solusi kepada sesuatu situasi kajian kes (case study). Anggaran masa penilaian adalah lima (5) jam.
  • b) Bahagian kedua pengetahuan (KAS) – penilaian individu. Calon akan diminta menjawab lima puluh (50) soalan yang merangkumi kesemua sembilan (9) Pakej Latihan (PL). Masa penilaian adalah tiga (3) jam.

Setiap komponen KAS dan PAS mestilah menguji kompetensi peserta berlandaskan setiap PL yang terdapat di dalam modul seperti berikut:

Modul Teknikal – PL01, PL02, PL03, PL04, PL05, PL06, PL07, PL08 dan PL09

Kriteria Pemarkahan

Bagi menentukan peserta layak mendapat sijil, peserta hendaklah menduduki KAS dan PAS serta LULUS penilaian dengan markah lulus adalah 70%.

PenilaianMarkah PenuhMarkah Minimum
KAS6042
PAS4028
JUMLAH10070

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

prtl

 

 

This will close in 20 seconds