Skip to main content
search

Penerbitan

MyCESMM2

Apa Itu MyCESMM2

MyCESMM2 adalah satu standard pengukuran yang dapat digunakan sebagai panduan asas dalam penyediaan senarai kuantiti untuk kerja-kerja kejuruteraan awam, penyediaan dan penyerahan dokumen tender oleh perunding, dan juga untuk tujuan menghargakan dokumen tender oleh kontraktor.

MyCESMM2 menetapkan definisi, keterangan, peraturan pengukuran, dan perkara yang diambilkira, yang boleh digunapakai bahkan dalam projek kejuruteraan awam berskala kecil. Melalui penggunaan MyCESMM2, kos projek menjadi lebih efektif dengan adanya standard pengukuran bagi kerja-kerja yang berkaitan.

Bermula dari terbitan CESMM pada 2001, standard ini telah berkembang menjadi MyCESMM pada tahun 2013. Kini, melalui penyesuaian CESMM3 (UK), CESMM4 (UK) dan amalan tempatan semasa standard ini dikenali sebagai MyCESMM2.

Kenapa MyCESMM2 Diperlukan Dalam Penyediaan Senarai Kuantiti (BQ)?

  • Penyediaan senarai kuantiti yang cekap & sistematik
  • Pengukuran metodologi standard yang membolehkan ketelusan kos dan meminimumkan pertikaian semasa perundingan kontrak
  • Menyediakan senarai kuantiti yang standard di seluruh industri pembinaan tempatan
  • Mencapai pemahaman umum mengenai setiap item kerja
  • Menghasilkan harga tender yang kompetitif dan konsisten
  • Penanda aras yang mudah untuk perbandingan kos masa depan
  • Memudahkan pengurusan kontrak
  • Mengurangkan ketidakpastian harga dalam kos projek
  • Mengurangkan kekeliruan kerana anggaran, penilaian dan rumusan kawalan kos dipermudahkan

Pencapaian Pembangunan MyCESMM2

  • MyCESMM kini telah diasimilasikan sebagai rujukan pembelajaran di lebih dari 10 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
  • Lebih banyak profesional industri kini lebih berpengetahuan berkenaan MyCESMM, dengan hampir 50 pelatih di seluruh negara dan lebih dari 600 profesional industri telah menjalani latihan MyCESMM.
  • Bekerjasama dengan lebih daripada 20 agensi awam dan swasta untuk mempromosikan penggunaan MyCESMM.
  • Lebih dari 30 projek awam dan swasta dilaporkan telah menggunakan MyCESMM dalam pelaksanaan masing-masing.

Ciri – Ciri Dokumen MyCESMM2 Yang Terkini Dan Ditambah Baik

  • CIDB telah mengemas kini dan memperbaiki dokumen MyCESMM2 untuk mendorong industri pembinaan Malaysia menjadi lebihi produktif dan bertaraf antarabangsa seperti yang di inisiatifkan oleh Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).
  • MyCESMM2 baru mengandungi 3 Kelas Kerja yang disemak semula – Kelas I, O dan S dan 3 kelas kerja baru: Class P (Pipe Rehabilitation Work), U (Mechanical & Electrical Works), dan W (Provisional & Prime Cost Sum).
  • MyCESMM2 kini dalam susun atur yang lebih mudah untuk dirujuk.
  • MyCESMM2 merupakan dokumen teknikal kepada dokumen  Malaysian Standard 2701:2018 Civil Engineering – Standard Method of Measurement yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Dokumen MyCESMM2

Dokumen MyCESMM2 terdapat dalam set dan mengandungi 3 naskah rujukan:

  • Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement: Second Edition
  • A Guide to Malaysia Civil Engineering Standard Method of Measurement: Second Edition
  • Library of Standard BQ Descriptions for Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement: Second Edition
Green Book
Brown Book
Red Book
MyCESMM2
Butiran Pembelian

HARGA

  • RM150.00/set

KAEDAH PEMBELIAN DI KAUNTER CIDB NEGERI BERIKUT:

  • CIDB Wilayah
  • CIDB Selangor
  • CIDB Terengganu
  • CIDB Kelantan
  • CIDB Perak
  • CIDB Pulau Pinang
  • CIDB Kedah
  • CIDB Johor
  • CIDB Sabah
  • CIDB Sarawak

*keterangan lanjut boleh hubungi pegawai CIDB:

KAEDAH PEMBELIAN ATAS TALIAN

KAEDAH PEMBELIAN DI KAUNTER BCISM SDN BHD

  • Walk-in ke  Kaunter Pejabat BCISM SDN BHD.
  • Alamat: NO.64 & 66 Ground Floor, Bangunan Juruukur, Jalan 52/4, 46200 Petaling Jaya Selangor.

PEGAWAI BCISM YANG BOLEH DIHUBUNGI:

*pembelian di kaunter hanya menerima Kad Debit sahaja

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

prtl

 

 

This will close in 20 seconds