Skip to main content
Tampilan KhasHeights

Menyerlahkan Potensi Pengkomputeran Awan

By Ogos 17, 2023Ogos 28th, 2023No Comments
Server cloud data storage concept. Cloudscape digital online service for global network. Web database backup computer infrastructure technology

Industri pembinaan telah mengalami revolusi digital dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didorong oleh peningkatan pergantungan terhadap teknologi pengkomputeran awan. Dengan keupayaan untuk menyimpan dan mengakses maklumat secara atas permintaan, pengkomputeran awan menawarkan kebolehan skala, fleksibiliti dan keberkesanan kos perniagaan.

Ini seterusnya membolehkan industri pembinaan mengakses data projek, meningkatkan kerjasama dan perkongsian data dari jauh.

Salah satu kelebihan utama pengkomputeran awan dalam bidang pembinaan adalah keupayaannya untuk memudahkan pengurusan set data yang besar dan kompleks. Projek pembinaan sering melibatkan sejumlah data yang besar, merangkumi pelbagai perkara dari pelan seni bina sehingga kod bangunan dan peraturan keselamatan.

Ramalan GlobalData menunjukkan industri pengkomputeran awan global bernilai $421.7 bilion pada 2019. Menjelang 2026, ia akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 16% kepada AS$1,158.8 bilion. Dalam sektor pembinaan sahaja, pendapatan pengkomputeran awan akan mencecah AS$44.6 bilion menjelang 2026, meningkat daripada AS$14.8 bilion pada 2019.

Teknologi awan membolehkan semua data ini disimpan dengan selamat di satu lokasi sahaja. Ini seterusnya akan menjadikannya mudah untuk sebarang kumpulan tidak kira di mana mereka berada untuk mengakses dan bekerjasama dalam projek yang sama. Ini membolehkan komunikasi yang lebih baik dan mengurangkan kemungkinan ralat atau salah komunikasi di antara pihak-pihak berkepentingan. Ini seterusnya membolehkan projek berjalan lebih lancar dan mengurangkan halangan untuk disiapkan.

 Satu lagi penambahbaikan yang dicapai oleh pengkomputeran awan dalam industri pembinaan adalah akses masa nyata terhadap sebarang maklumat projek. Dengan peralatan yang berasaskan awan, sebarang kumpulan boleh melihat data projek yang dikemas kini dalam masa nyata. Ini bermakna sebarang perubahan atau kemas kini lanjut boleh dibuat dengan cepat dan cekap. Seterusnya, projek pembinaan boleh disiapkan tepat pada masanya dan mengikut bajet dengan gangguan minimum kepada proses pembinaan.

Pengkomputeran awan menawarkan penjimatan kos yang ketara untuk firma-firma pembinaan. Dengan infrastruktur IT tradisional, perniagaan mesti membuat pelaburan yang banyak terhadap perkakasan dan sistem perisian yang bukan sahaja mahal tetapi memerlukan penyelenggaraan dan peningkatan yang kerap. Pengkomputeran awan menghapuskan kos ini tetapi pada masa yang sama, menyediakan kuasa pengiraan dan kapasiti storan yang serupa.

Dengan beralih kepada teknologi awan, syarikat pembinaan boleh mengelakkan keperluan pelaburan awal dan hanya membayar untuk infrastruktur yang mereka gunakan. Ini bermakna mereka boleh menggunakan sumber yang mereka ada untuk perkara-perkara yang lebih berkesan.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds