Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Memperkukuh Kolaborasi: CIDB Anjur Majlis Interaksi dan Iftar Bersama Agensi Berkepentingan

By Mac 24, 2025No Comments
Strengthening Collaboration: CIDB Hosts Interaction & Iftar Event with Key Agencies

Majlis Interaksi & Iftar Bersama Pihak Kementerian/Jabatan/Agensi Berkepentingan telah diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) bersamaan 19 Ramadan 1446 hijrah bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan oleh CIDB ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan industri bagi mengeratkan hubungan antara CIDB dengan Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat secara langsung dalam proses penggajian personel asing. Ia juga berfungsi sebagai platform bagi perkongsian maklumat serta penyelesaian isu secara kolaboratif dan mewujudkan rangkaian strategik.

Strengthening Collaboration: CIDB Hosts Interaction & Iftar Event with Key Agencies

Agensi yang terlibat adalah dari Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Talent Corporation Malaysia Berhad, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan CLAB.

Pengurusan Tertinggi CIDB yang hadir adalah Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Puan Zainora Bt Zainal, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan & Personel Binaan, Sr Ahmad Farrin Mokhtar dan Pengurus Besar Kanan, Sektor Pendaftaran & Akreditasi, En Suhaimi Mansor.

kaji selidik

 

 

This will close in 20 seconds