Sesi lawatan tapak projek dan perkongsian sistem pengurusan dan amalan terbaik syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd melalui penarafan 5 bintang (SCORE) telah diadakan di tapak projek EKVE, Jalan Kuari Sungai Long, Hulu Langat, Selangor.
Sesi lawatan ini diketuai oleh Pengarah CIDB WPKL, Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj bersama-sama delegasi daripada Ibu Pejabat CIDB serta pihak CREAM. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan perkongsian dan bertukar pandangan bagaimana Syarikat berkemampuan dalam mendapat penarafan 5 Bintang dalam penilaian SCORE.
Dalam sesi perkongsian tersebut, CIDB WPKL bersama pihak Cantilever Bumi Sdn Bhd merancang untuk mengadakan program berkonsep Mentor- Mentee dalam memastikan kontraktor dapat memaksimumkan potensi keupayaan dan kemampuan syarikat khususnya dalam memenuhi keperluan seperti dinyatakan dalam SCORE.