Skip to main content
HeightsAcara & Pengumuman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) ke Institusi Berkaitan CIDB

By Mac 28, 2025No Comments

YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Pengurusan (TKSU P) telah mengadakan lawatan kerja rasmi. Lokasi yang telah dilawati ialah:

  1. Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
  2. CIDB Technologies Sdn Bhd
  3. CREAM
  4. CIDB IBS

Objektif lawatan ini bagi memberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan yang dijalankan oleh setiap organisasi. Semasa lawatan TKSU P juga didedahkan dengan latihan yang dijalani oleh Pelatih ABM dan CIDB Technologies.

Semasa lawatan ke CREAM pula TKSU P diberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang terdapat di Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM). MKRM telah dibina pada 2008 dan memulakan operasi pada 2009. MKRM merupakan antara makmal struktur yang terbesar di Malaysia dan pada 2022, MKRM telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. MKRM mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan ujian bahan dan struktur. MKRM telah diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah ISO/IEC 17025:2017.

Seterusnya delegasi dibawa melawat rumah contoh IBS iaitu IBS HOMES yang dibangunkan merujuk kepada reka bentuk Piawai Rumah Mampu Milik CIDB.

TKSU P juga dibawa untuk melawat Galeri Komponen IBS di mana penerangan diberikan mengenai produk dan teknologi IBS yang tersedia ada di pasaran IBS di Malaysia dan kesesemua produk tersebut telah mendapat Pensijilan CIS24- (bagi produk produk IBS). Penerangan mengenai status terkini mengenai pelaksanaan IBS di Malaysia yang melibatkan polisi, standard dan hala tuju IBS di masa hadapan turut dibentangkan.

kaji selidik

 

 

This will close in 20 seconds