Skip to main content
HeightsBerita

Keruntuhan Struktur Konkrit: Siasatan Awalan CIDB Dari Aspek Keselamatan

By Disember 1, 2023No Comments
Keruntuhan Struktur Konkrit: Siasatan Awalan CIDB Dari Aspek Keselamatan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal berkaitan kes keruntuhan struktur konkrit sebuah gudang di dalam pembinaan di sini Bayan Lepas, Pulau Pinang. Siasatan tersebut dibuat berkenaan aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang antara lain menekankan berkaitan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipannya dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan, dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian, dia adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Di dalam siasatan insiden berkenaan, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak berkuasa tempatan dalam mengambil kira sebarang ketidakpatuhan yang turut melibatkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka.

Di dalam insiden runtuhan gudang logistik yang masih dalam pembinaan di Batu Maung malam tadi, tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala dua parah dan sedang menerima rawatan di hospital Pulau Pinang.

Maklumat awal daripada pegawai penguatkuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rasuk (beam) telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds