Skip to main content
Kisah KejayaanHeightsBerita

Kerjasama Antara PR1MA dan CIDB: Pelbagai Pembaharuan dan Pembaikan untuk Industri Pembinaan Tempatan

By November 5, 2024November 7th, 2024No Comments
Collaboration between PR1MA and CIDB: Various Reforms and Improvements for the Local Construction Industry

Bersempena dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2024 yang telah diadakan bermula pada 22 Oktober lalu sehingga 24 Oktober 2024 di MITEC, KL, QUEST 2024 ialah majlis pengiktirafan dan penganugerahan bagi pemain industri pembinaan yang merupakan anjuran CIDB. QUEST 2024 atau sebelum ini dikenali dengan nama SHEQ Day (Hari Safety & Health, Environment and Quality) kembali dengan nama baharu dengan objektif lebih terperinci.

QUEST 2024 membawa dimensi baharu yang lebih menyeluruh dan inklusif. Sebagai langkah progresif, CIDB telah memperkenalkan anugerah untuk mengiktiraf penggiat industri yang telah mencapai prestasi yang memberansangkan di dalam penilaian Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) dan juga yang berjaya melalui proses audit Contractor’s Quality Management System (CQMS), di mana pelaksanaan CQMS ini turut menyumbang kepada pemarkahan SCORE.

Kerjasama antara PR1MA dan CIDB akan membawa pelbagai pembaharuan dan aktiviti kolaborasi lain seperti Pusat Kecemerlangan (COE) bagi tujuan latihan dan perkongsian maklumat serta berperanan penting dalam pembangunan teknologi pembinaan di Malaysia. Seterusnya, kerjasama ini akan melibatkan pelaksanaan Program Pembangunan Kontraktor yang akan merekod dan menilai keupayaan kontraktor dalam melaksanakan projek berteknologi tinggi, justeru meningkatkan lagi kredibiliti kontraktor di dalam sektor pembinaan.

PR1MA dan CIDB akan memperkenalkan program latihan kemahiran dan kompetensi, di mana kontraktor serta kakitangan di bawah syarikat-syarikat ini boleh melibatkan diri. Ini termasuk pertukaran kakitangan antara agensi dan program perintisan untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia dalam sektor pembinaan.

Kedua-dua pihak ini juga akan lebih memperkasakan dan memberi penekanan kepada aspek kemampanan pembinaan dengan penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Kolaborasi ini akan dapat mempercepatkan pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara, selari dengan usaha kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman yang berkualiti,” tambah YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Nazri Md. Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Anggota Perbadanan PR1MA.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds