Skip to main content
Tip & PanduanHeightsAcara & PengumumanTampilan Khas

Kem Motivasi Siri 1/2025 bagi Wakil Negara dalam Pertandingan Worldskills Asean dan Asia

By Mac 4, 2025No Comments
Motivation Camp Series 1/2025 for National Participants Competing in Worldskills Asean and Worldskills Asia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Kem Siri Motivasi Siri 1/2025 pada 24 hingga 27 Februari 2025 di Lumut, Perak bagi Peserta-Peserta Negara yang bakal bertanding dalam pertandingan Worldskills ASEAN 2025 dan Worldskills Asia 2025.

Program ini merupakan program berbentuk fizikal dan menguji ketahanan diri bagi 35 Peserta Negara yang akan membawa cabaran Malaysia di pentas dunia. Objektif penganjuran program ini bertujuan melatih Peserta Negara supaya mempunyai kekuatan dan peribadi yang teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika dalam pertandingan.

Motivation Camp Series 1/2025 for National Participants Competing in Worldskills Asean and Worldskills Asia

WorldSkills ASEAN 2025  

Pertandingan WorldSkills ASEAN ke-14 dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos 2025 di World Trade Center Metro Manila, Pasay City, Filipina. Acara ini akan menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari 11 negara anggota ASEAN, yang akan bertanding dalam 32 bidang kemahiran merangkumi teknologi hingga hospitaliti. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan standard pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), menggalakkan kerjasama serantau, dan menonjolkan kecemerlangan kemahiran belia ASEAN.  

Selain pertandingan, para peserta juga berpeluang menghadiri pameran teknologi dan sesi rangkaian, yang menekankan komitmen rantau ini terhadap kelestarian, inovasi, dan pembangunan tenaga kerja dalam persekitaran global yang semakin berkembang pesat.  

WorldSkills Asia 2025

Pertandingan WorldSkills Asia ke-3 akan berlangsung dari 23 hingga 27 November 2025 di Pusat Pameran Nangang, Taipei, Taiwan. Acara ini dijangka menarik ratusan peserta yang bertanding dalam 26 bidang kemahiran utama dan 14 kemahiran junior, serta 6 kemahiran masa depan dan 2 kemahiran pembentangan.  

Pertandingan ini berfungsi sebagai platform bagi pertukaran dan kerjasama kemahiran, dengan matlamat untuk meningkatkan standard profesional individu mahir di seluruh Asia. 

Kedua-dua pertandingan ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan kemahiran, menggalakkan kecemerlangan, serta memudahkan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan vokasional dan teknikal.