Sesi lawatan daripada Dewan Perdagangan & Perindustrian Jepun, Malaysia (JACTIM) ke Pusat Penilaian & Latihan ABM Wilayah Tengah yang diketuai oleh En. Kazuya Kitae, Ketua Pegawai Koordinasi JACTIM. Delegasi ini terdiri daripada Japan External Trade Organisation (JETRO), Sanpo Electrical and Mechanical Engineering Corporation (SEAMEC) dan syarikat One Stop Biz Sdn. Bhd.
Objektif lawatan adalah untuk mengetahui bagaimana pusat penilaian dan penilaian di ABM menyediakan latihan kemahiran berkaitan industri pembinaan dan berkongsi idea atau amalan terbaik berkaitan dengan TVET pembinaan.