
ICW 2024 merupakan program kali ke-24 yang dianjurkan oleh CIDB sejak penganjurannya bermula pada tahun 1999 dan manakala BuildXpo merupakan penganjuran kali kedua bermula pada tahun 2023.
Penganjuran ICW & BuildXpo 2024 adalah untuk mengumpulkan pakar-pakar sektor pembinaan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikan berkaitan industri pembinaan.
Pada tahun ini dianggarkan 10,000 pengunjung yang akan menyertai ICW & BuildXpo dengan bertemakan ‘Envisioning the Future of Construction’. Antara program yang terdapat didalam ICW 2024 adalah seperti Persidangan, Seminar, Pameran dan Padanan Perniagaan.
#binasempurna #MalaysiaMadani #CIDBMalaysia #ICW2024 #BuildXpo