Skip to main content
HeightsBerita

Insiden Bangunan Runtuh di Melaka: Arahan Pemberhentian Kerja Serta-merta

By Oktober 18, 2024No Comments
BUILDING COLLAPSE INCIDENT IN MALACCA: IMMEDIATE STOP WORK ORDER

Pasukan penguatkuasaan CIDB Negeri Melaka telah turun ke lokasi runtuhan berlaku pada 10 pagi 12 Oktober untuk membuat siasatan. Siasatan awalan CIDB mendapati kontraktor utama projek pembinaan tersebut mempunyai pendaftaran yang sah di bawah CIDB, namun ketiga-tiga pekerja binaan warga asing yang terbabit dengan insiden tersebut, termasuk yang meninggal dunia, tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan atau akreditasi pekerja dari CIDB.

Menurut Pengarah CIDB Melaka, Mohd Rizal Norman, pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung kes tersebut bagi membantu siasatan. Oleh kerana kes keruntuhan tersebut menyebabkan kematian, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 34D, Akta 520, iaitu kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor. Sekiranya sabit kesalahan, kontraktor terbabit boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Di dalam kes tersebut yang berlaku pada 11 Oktober 2024, jam 6.15 petang, struktur utama bangunan runtuh semasa dalam pembinaan dan telah menyebabkan kematian seorang pekerja warga Bangladesh, manakala dua pekerja warga Pakistan cedera parah.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds