Skip to main content
search

Mengenai Kami

Fungsi

14 Fungsi CIDB di bawah Akta 520

Fungsi CIDB Malaysia
di bawah
Akta 520

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan telah ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994  (Akta 520) untuk mengawal selia, membangun dan memudahcara industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global.

Salah satu fungsi lembaga seksyen 4(1)(b) menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan.

Fungsi-fungsi ini adalah seperti berikut;

  • Memajukan dan merangsang pembangunan, penambahbaikan dan pengembangan industri pembinaan;
  • Menasihati dan mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;
  • Memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan;
  • Memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan;
  • Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;
  • Memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan;
  • Mengawal selia pematuhan standard bagi buatan kerja binaan dan bahan binaan;
  • Mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan;
  • Mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan;
  • Mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi kontraktor dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu;
  • Mendaftar, mengakreditasi dan memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu;
  • Mengawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat;
  • Mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan
  • Menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Peranan CIDB

1. Penasihat

2. Regulatori

3. Pembangunan

Peranan Penasihat

1. Menguruskan aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan

2. Memajukan dan merangsang pembangunan penambahbaikan dan pengembangan industri pembinaan

3. Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat

4. Menasihati dan mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Peranan Regulatori

1. Mendaftar & mengakreditasi kontraktor

2. Mendaftar & mengakreditasi: personel binaan

3. Mengawal selia pematuhan standard bagi kerja binaan dan bahan binaan

4. Mengawal selia pelaksanaan sistem binaan berindustri dalam industri pembinaan

5. Mengawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat

Peranan Pembangunan

1. Menyediakan & menyenggarakan sistem informasi industri pembinaan

2. Mengada, memaju, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan personel binaan & kontraktor dalam industri pembinaan

3. Menggalakkan teknologi, memaju & mengusahakan penyelidikan

4. Memajukan & menggalakkan jaminan kualiti

5. Memajukan & membantu dalam pengeksportan perkhidmatan

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

prtl

 

 

This will close in 20 seconds