Skip to main content
search
AnnouncementLatest Info

PORTAL imSME

By October 8, 2024No Comments
  • CIDB, atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memajukan industri pembinaan di Malaysia. CIDB bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti, keselamatan, dan produktiviti dalam sektor pembinaan.
  • Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta 520, CIDB telah berkerjasama dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) dalam menyediakan inisiatif sokongan pembiayaan bagi mempersiapkan kontraktor Bumiputera dalam menangani cabaran kewangan.
  • Melalui kerjasama ini, CIDB memanfaatkan inisiatif platform iMSME bagi memudahcara kontraktor kecil mendapatkan akses kepada pelbagai skim pembiayaan kewangan daripada 27 institusi kewangan dan 15 pembiaya alternatif melalui portal digital imSME.
  • Portal imSME, yang dibangunkan oleh CGC Digital, berfungsi sebagai platform atas talian yang memadankan kontraktor dengan institusi kewangan yang menawarkan produk pembiayaan yang bersesuaian. Ini membantu mempercepatkan proses permohonan serta memberi peluang kepada kontraktor untuk terus maju di dalam industri pembinaan.
  • Menerusi kerjasama diantara CIDB dan CIDB ini, portal imSME akan terus diperkukuhkan dengan memperluaskan jaringan agensi kolaborasi bagi terus memperkasakan sokongan kewangan kepada kontraktor kecil, memastikan mereka dapat terus berkembang dan menyumbang kepada pembangunan negara.
  • Layari imSME sekarang bagi mendapatkan informasi menarik berkaitan produk pembiayaan yang bersesuaian dengan perniagaan anda!

icw

This will close in 20 seconds