Bermula 1 April 2021, pensijilan QLASSIC, SHASSIC, MyCRSET dan Sustainable INFRASTAR akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat CIDB Malaysia iaitu Construction Research Institute of Malaysia (CREAM).
Kos pensijilan bagi setiap program pada tahun 2021 adalah seperti berikut:
QLASSIC
Kos pensijilan adalah sebanyak RM3,400.00
Subsidi oleh CIDB Malaysia sebanyak RM2,000.00
Baki kos pensijilan sebanyak RM1,400.00 akan ditanggung oleh pemohon
SHASSIC
Kos pensijilan adalah sebanyak RM1,150.00
Subsidi oleh CIDB Malaysia sebanyak RM1,150.00
Tiada kos pensijilan ditanggung oleh pemohon
MyCREST
Kos pensijilan adalah sebanyak RM4,320.00 bagi semua peringkat penilaian (rekabentuk, pembinaan dan operasi & penyelenggaraan) serta yuran pembaharuan
Subsidi oleh CIDB Malaysia sebanyak RM4,320.00
Tiada kos pensijilan ditanggung oleh pemohon
Sustainable INFRASTAR
Kos pensijilan adalah sebanyak RM4,320.00 bagi semua peringkat penilaian (rekabentuk dan pembinaan)Â serta yuran pembaharuan
Subsidi oleh CIDB Malaysia sebanyak RM4,320.00
Tiada kos pensijilan ditanggung oleh pemohon
Bagi Pensijilan QLASSIC, baki kos pensijilan sebanyak RM1,400.00 hendaklan dibayar kepada pihak Construction Research Institute of Malaysia (CREAM).
Sila rujuk Notis Pensijilan QLASSIC untuk maklumat lanjut.