Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 01 April 2020 CIDB akan membuat penambahan syarat bagi tujuan pembaharuan / pendaftaran semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bagi gred G1 dan G7 seperti dibawah :
Gred | Syarat Tambahan |
---|---|
G1 Sahaja | *MCORE yang sah (tanpa syarat Tahap (Level) penarafan tertentu) |
G7 Sahaja | *SCORE yang sah (tanpa syarat penarafan bintang tertentu) |
Kegagalan memenuhi syarat tersebut akan mengakibatkan permohonan pembaharuan/ pendaftaran semula PPK bagi gred G1 dan G7 tidak dapat diteruskan.
Pihak kontraktor adalah dinasihatkan supaya membuat permohonan SCORE/ MCORE terlebih dahulu melalui sistem CIMS sebagai persediaan awal sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum mengemukakan pembaharuan/ pendaftaran semula PPK.