Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa CIDB terus maju dengan penambahbaikan proses pengeluaran sijil Perakuan Pematuhan Standard (PPS) daripada cetakan manual kepada Sijil PPS secara atas talian (Online & Self Printed).
Pelaksanaan Sijil PPS secara atas talian ini akan berkuatkuasa pada tarikh 15 November 2021.
Setiap permohonan PPS yang telah disemak dan diluluskan permohonannya akan menerima pemakluman secara email daripada Sistem Certification Of Construction Product & Material (CCPM). Pemohon boleh terus untuk memuat turun Sijil PPS secara maya (online) di laman web CCPM (https://ccpm.cidb.gov.my/) dan boleh membuat cetakan sijil PPS secara sendiri.
Tujuan penambahbaikan sijil PPS atas talian ini adalah seperti berikut :
- Sijil PPS atas talian ini adalah selamat dan sahih kerana ia disertakan dengan fungsi Kod QR sebagai fungsi pengenalan dan kebolehkesanan.
- Lebih cekap, menjimatkan masa dan penjimatan kos. Ini akan memudahkan pemohon untuk membuat cetakan sijil PPS sendiri tanpa perlu menghadirkan diri di mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Cawangan
- Membolehkan pemohon memuat turun Kod QR dalam resolusi yang tinggi untuk cetakan bagi kegunaan pengeluaran produk.
CIDB berharap dengan penambahbaikan sijil PPS atas talian ini bukan sahaja dapat memberi kemudahan pada pemohon bahkan ianya dapat menjadikan proses cetakan sijil PPS ini lebih berkualiti dan cekap.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila salurkan pertanyaan anda melalui kiriman email di alamat [email protected].
Rajah diatas adalah peralihan proses cetakan sijil PPS daripada kaedah manual kepada sijil PPS atas talian (Self-Printed & QR Code)