TUNTUTAN SEMULA HRD CORP
Syarikat yang menghantar peserta boleh membuat Tuntutan HRD Corp (SBL Khas).
Kenapa Anda Harus Hadir?
Kekal berdaya saing, kembangkan perniagaan, besarkan rangkaian, pertingkatkan profesion dengan nilai etika dan menyumbang kepada komuniti dan masyarakat yang terkesan dengan pembinaan.
Ini adalah peluang untuk mendapatkan pengetahuan, lonjakan idea dan inspirasi untuk masa depan yang lebih mampan dan berjaya dalam industri pembinaan.
Konvensyen Perintis Transformasi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada kontraktor berkaitan perkara seperti berikut:
1. Dedahan ESG
Memperkenalkan konsep ESG kepada kontraktor dan kaitannya dengan industri pembinaan.
2. Kepentingan ESG
Mendidik peserta tentang kepentingan menggabungkan amalan mampan ke dalam perniagaan
3. Peluang Rangkaian
Memupuk peluang rangkaian dan pertukaran idea di kalangan peserta bagi meluaskan potensi kaloborasi untuk kecemerlangan diri dan kejayaan perniagaan dalam industri.
4. Anjakan Pemikiran
Mengwujudkan platform untuk kontraktor generasi digital membentuk wawasan dengan penerokaan strategi, pendedahan maklumat, anjakan pemikiran kreatif serta lonjakan motivasi untuk diaplikasi dalam perniagaan kontraktor.
Terdapat dua (2) Elemen utama dalam Konvensyen Perintis Transformasi yang akan diketengahkan untuk mencapai matlamat penganjuran konvensyen yang akan diadakan.
ELEMEN UTAMA
1. Sesi Perkongsian
Empat Sesi Perkongsian Pengetahuan menampilkan pakar industri, pembuat dasar, pemimpin pemikiran dan pemain industri untuk berkongsi pandangan, pengalaman, amalan terbaik dalam industri binaan serta memberi inspirasi untuk peserta melangkah lebih jauh lagi.
2. Forum Interaktif
Forum Interaktif dengan tumpuan tiga (3) tonggak utama ESG:
i.Keupayaan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar
ii. Membina hubungan dengan komuniti setempat
iii. Mengurus kontrak dengan amalan baik dan telus
Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menuju transformasi yang masa kini!
PAKEJ A (1 HARI) – RM 350.00
(28 November 2023 – Selasa)
PAKEJ B (1.5 HARI) – RM 450.00
(28 & 29 November 2023 – Selasa & Rabu)