Skip to main content
HeightsBerita

Deligasi Industri Pembinaan ke Jakarta

By September 24, 2024September 25th, 2024No Comments
Construction Industry Delegation to Jakarta

CIDB Malayasia telah mengetuai delegasi 12 penggiat industri pembinaan Malaysia mempamerkan kapasiti dan keupayaan serta meningkatkan hubungan rangkaian perniagaan dengan pemain antarabangsa khususnya di Indonesia. Syarikat berkaitan pembinaan ini mengambil bahagian sebagai peserta pameran di Pavilion CIDB di Construction Indonesia 2024 (CI2024), yang diadakan di Ekspo Antarabangsa Jakarta (JIexpo) dari 11 hingga 14 September. Timbalan Ketua Eksekutif II CIDB, ​​Puan Zainora Zainal mengetuai delegasi CIDB ini.

Construction Industry Delegation to Jakarta

Antara produk dan perkhidmatan yang dipamerkan di bawah pavilion ini ialah Industrialised Building Systems (IBS); penyedia penyelesaian perkhidmatan; Building Information Modelling (BIM); perunding projek; kejuruteraan pembinaan; bahan binaan dan jentera termaju; badan pensijilan; dan teknologi pembinaan lain yang berkaitan. Syarikat dan agensi pempamer tersebut adalah:

  1. SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
  2. Nord-Lock Group
  3. RBM Building Machinery Trading Sdn. Bhd.
  4. DML Products Sdn. Bhd.
  5. Traffic Engineering Sdn. Bhd.
  6. Dazztech Solutions Sdn. Bhd.
  7. Kung Fuu Paint Sdn. Bhd.
  8. HAPM Consultants Sdn. Bhd.
  9. GreenRE Sdn. Bhd.
  10. PLYTEC Formwork System Industries Sdn. Bhd.
  11. CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd.
  12. CIDB IBS Sdn. Bhd.
Construction Industry Delegation to Jakarta

Pada hari pertama acara pameran berlangsung, Pavilion CIDB telah turut menerima kunjungan daripada Bapak Andi Rizaldi, Ketua Balai Standardidasi dan Pelayanan Jasa Indonesia-Jakarta (BSJKI), Kementerian Industri, Indonesia.

CIDB juga telah mengaturkan sesi perbincangan bisnes bersama PT Karunia Adhi Pradana iaitu agensi pakar yang memberikan perkhidmatan perundingan kepada badan kerajaan dan swasta berkaitan pembinaan, pembangunan infrastruktur dan menarik pelaburan ke Indonesia. Antara perkara yang dibincangkan adalah potensi melaksanakan projek antara Malaysia dan Indonesia.

Program rangkaian perniagaan yang akan melibatkan beberapa agensi Indonesia dan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Malaysia ke Indonesia juga akan diadakan bagi memaksimumkan peluang yang ada untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan pembinaan Malaysia khususnya di Indonesia.

icw

This will close in 20 seconds