
Pada 8 Januari 2025, satu lawatan sambil belajar ke CIDB Malaysia telah berlangsung yang diketuai oleh Encik Richard Lange Mkumbo, Pengarah Dasar dan Perancangan Kementerian Kerja Raya, Republik Bersatu Tanzania bersama 4 pegawainya. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh En Suhaimi Mansor, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pendaftaran dan Akreditasi, CIDB Malaysia.

Lawatan ini telah menjadi platform perkongsian amalan dan peranan dalam pembangunan industri pembinaan di kedua-dua negara. CIDB Malaysia juga berpeluang memberikan penerangan mengenai pengurusan sumber pembinaan seperti bahan binaan; dan peningkatan kapasiti kontraktor serta personel binaan.