Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Dari Kesesakan Ke Kemudahan: Janji Stesen Keretapi Segambut 2

By September 15, 2023No Comments
Traces of History: Malaysia's A'Famosa Architectural Heritage 02

Pembinaan Stesen Keretapi Segambut 2 yang akan datang, berdekatan dengan United Point Residence di kawasan ini, dijangka menjadi pemacu pertumbuhan menyeluruh bagi kawasan ini.

Selain daripada impak pemulihan landskapnya, kerjasama antara Railway Assets Corporation (RAC) dan IDP Industrial Development Sdn Bhd meramalkan pelbagai manfaat daripada pembinaan stesen ini yang dijadualkan siap pada November 2025. Terutamanya, projek ini berpotensi untuk meyelesaikan kesesakan lalu lintas yang teruk, memudahkan pengalaman pergerakan yang lebih lancar bagi penduduk.

Pembinaan stesen ini juga diramalkan akan kuatkan lagi impian memiliki rumah bagi individu yang ingin tinggal atau bekerja berdekatan dengan pusat bandar. Projek infrastruktur strategik ini dijangka bukan sahaja mengurangkan cabaran mobiliti bandar tetapi juga akan memainkan peranan penting dalam penambahbaikan kehidupan bandar secara menyeluruh.

Tambahan pula, usaha ini berpotensi untuk mengubah landskap hartanah, membuka peluang dan pengalaman baru bagi individu yang mencari penyatuan gaya hidup moden dan akses bandar yang mudah. IDP Industrial memegang peranan sebagai pembangun untuk projek stesen keretapi ini, manakala RAC, sebuah syarikat milik kerajaan, telah memperuntukkantapak tanah untuk inisiatif ini.

Baru-baru ini di ibu kota, kedua-dua entiti ini secara rasmi telah menandatangani perjanjian pembangunan bagi projek penting ini. Majlis penandatanganan ini turut dihadiri oleh wakil-wakil penting, iaitu Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC, dan Kong Pak Lim, Pengarah IDP Industrial.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh kehadiran Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

prtl

 

 

This will close in 20 seconds