Skip to main content
Kisah KejayaanHeightsBeritaAcara & Pengumuman

CIDB Technologies Johor Terima Pengiktirafan American Welding Society Untuk Program Jurukimpal Bertauliah

By April 24, 2025No Comments
CIDB TECHNOLOGIES IN JOHOR RECEIVES AMERICAN WELDING SOCIETY RECOGNITION FOR CERTIFIED WELDER PROGRAMME

CIDB Technologies Sdn Bhd, anak syarikat kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), telah menerima pengiktirafan sebagai Kemudahan Ujian Bertauliah (Accredited Testing Facility, ATF) oleh American Welding Society (AWS) bagi pusat latihan mereka di Johor Bahru.

Sebagai pusat ujian bertauliah AWS, CIDB Technologies di Johor kini boleh menawarkan program pensijilan jurukimpal bertauliah AWS, selain daripada Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) ISO oleh CIDB Malaysia. Jurukimpal Bertauliah AWS amat diperlukan dalam industri pembinaan, minyak & gas, aeroangkasa, fabrikasi dan perkapalan di peringkat global. Kedua-dua pensijilan SKKP dan AWS ini meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing profesional Malaysia dalam sektor kimpalan dan pembinaan, memenuhi keperluan industri di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, yang mencerminkan komitmen dan dedikasi pasukan kami dalam mengekalkan kualiti, keselamatan dan profesionalisme industri dalam pensijilan kimpalan,” kata Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. “Kejayaan ini menegaskan usaha berterusan kami untuk menyediakan program latihan dan penilaian bertaraf tinggi yang selaras dengan jangkaan industri dan piawaian global.”

“American Welding Society mengalu-alukan pencapaian penting ini bersama CIDB Technologies dalam mempertingkatkan Program Kimpalan kepada satu sistem bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dari segi kualiti dan piawaian,” kata Carey Chen, Ketua Pegawai Eksekutif American Welding Society.

CIDB Technologies kekal komited dalam memperkasa pembangunan kemahiran dalam sektor pembinaan dan kimpalan, memastikan jurukimpal Malaysia dilengkapi dengan kemahiran untuk memenuhi piawaian industri tertinggi. Pencapaian ini turut mengukuhkan peranannya sebagai institusi utama dalam landskap pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.