Skip to main content
search

Mengenai Kami

CIDB Sebagai Badan Pensijilan
ISO/IEC 17024:2012

PengenalanPerakuan Penggunaan Logo ISO/IEC 17024:2012 Pada Sijil SKKPTempoh Pensijilan SKKPKenyataan Kesaksamaan dan Kerahsiaan CIDBSenarai Program Yang DitawarkanPermohonanPusat BertauliahPengurusan RayuanPengurusan AduanSenarai Dokumen

Program Untuk Industri

Pengenalan

Sebagai usaha CIDB Malaysia untuk memberi nilai tambah kepada pensijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, semua aktiviti yang berkaitan dengan proses pensijilan telah diselaraskan dengan keperluan ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons).

ISO/IEC 17024(Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) merupakan standard antarabangsa yang menggariskan keperluan am bagi badan pensijilan dalam memastikan aspek kesaksamaan diterapkan dalam setiap aktiviti berkaitan pensijilan. Standard ini memastikan proses penilaian dan penentuan keputusan pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.

CIDB memfokuskan kepada tiga (3) bidang utama iaitu :

  • a) Kimpalan (Welding);
  • b) Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT); dan
  • c) Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting)

Bermula 1 Mac 2022, pelaksanaan penilaian bagi pensijilan SKKP ke atas tiga (3) bidang tersebut dilaksanakan berdasarkan Skim Pensijilan berlandaskan keperluan ISO/IEC 17024:2012, iaitu:

  • a) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Welding;
  • b) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Non-Destructive Testing; dan
  • c) Certification Scheme ISO/IEC 17024:2012 For Blasting And Painting

Perakuan Penggunaan Logo ISO/IEC 17024:2012 Pada Sijil SKKP

PENGGUNAAN PERAKUAN PENSIJILAN ISO/IEC 17024:2012 BAGI SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) UNTUK AKREDITASI TRED WELDING, NON DESTRUCTIVE TESTING (NDT) DAN BLASTING & PAINTING (BPO) BERKUATKUASA PADA 1HB JUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa CIDB telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) pada 7 September 2023.  Pensijilan ini adalah bagi tiga (3) skop iaitu Welding, Non-Destructive Testing (NDT) dan Blasting and Painting (BPO).

KLIK DISINI UNTUK LIHAT SIJIL

KLIK DISINI UNTUK SKOP AKREDITASI

Bermula 1 Jun 2024,  Sijil  Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bagi ketiga-tiga skop Pensijilan ISO/IEC 17024:2012 akan menggunapakai logo Jabatan Standard Malaysia dan logo Pensijilan ISO/IEC 17024:2012 CIDB seperti berikut:

iso

KLIK DISINI UNTUK LIHAT SIJIL SKKP CIDB

Bagi permohonan bermula 1 Jun 2024 dan lulus penilaian akreditasi akan memperolehi sijil SKKP ISO/IEC 17024:2012. Sijil SKKP akan dijana setelah bayaran yuran pensijilan RM200 dijelaskan.

Personel binaan yang telah memperolehi SKKP di bawah skop pensijilan ISO/IEC 17024:2012 yang bermula pada tarikh kuatkuasa pelaksanaan ISO/IEC 17024:2012 layak untuk membuat permohonan gantian kepada sijil SKKP ISO/IEC17024:2012 mengikut ketetapan berikut:

Bil Perkara Kadar Yuran
1. Personel yang membuat permohonan dari 1 Mac 2022 sehingga 31 Disember 2023 dan lulus akreditasi RM 200.00
2. Permohonan mulai 1 Januari 2024 dan lulus sebelum 1 Jun 2024 Pengecualian bayaran Yuran Pensijilan

Nota : Rujuk Pekeliling CIDB-Bil.1/2024 Pengenaan Yuran Baharu Bagi Program Penilaian Dan Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan Tahun 2024 sebanyak RM 200 bagi semua tred mulai 1 Jan 2024)

KLIK DISINI UNTUK LIHAT MANUAL PENGGUNA GANTIAN SIJIL SKKP ISO 17024

 

                 

Maklumat lanjut sila hubungi : 03- 5567 3300 atau e-bantuan : http//www.cidb.gov.my/e-bantuan           

Tempoh Pensijilan SKKP

TREDTEMPOH PENSIJILANPEMBAHARUANPENSIJILAN SEMULA
Kimpalan (Welding)3 tahunTahun ke-3Tahun ke-6
Ujian Tanpa Musnah(Non-Destructive Testing – NDT)5 tahunTahun ke-5Tahun ke-10
Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting)5 tahunTahun ke-5Tahun ke-10

*Maklumat lanjut sila rujuk Skim Pensijilan

Kenyataan Kesaksamaan (Impartiality) dan Kerahsiaan (Confidentiality) CIDB

Lihat Kenyataan Penuh

Senarai Program Yang Ditawarkan

Kimpalan (Welding) :

  • a. Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
  • b. Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
  • c. Gas Metal Arc Welding (GMAW)
  • d. Flux Cored Arc Welding (FCAW)

Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT) :

  • a. Magnetic Testing (MT)
  • b. Penetrant Testing (PT)
  • c. Ultrasonic Testing Thickness Measurement (UTTM)
  • d. Ultrasonic Testing in Welds (UT)
  • e. Radiographic Interpreter (RI)

Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting-BPO) :

  • a. Blaster
  • b. Painter
Lihat Senarai Program Yang Ditawarkan

Permohanan

Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS CIDB.
https://cims.cidb.gov.my

Pusat Bertauliah

BILPUSAT LATIHAN & PENILAIAN BERTAULIAHBIDANG TRED YANG DITAWARKANNO. TELEFON
1CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KUALA LUMPUR)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO)+6019-7283575
2CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (JOHOR)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO)+6019-7868536
3CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (PERAK)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT)+6019-3213575
4CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (KEDAH)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO)+6019-6623575
5CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (TERENGGANU)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO)+6019-9133575
6CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SARAWAK)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT)+6019-3933575
7CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD (SABAH)1. Welding | 2. Non-Destructive Testing (NDT) | 3. Blasting and Painting (BPO)+6011-10519431

Pengurusan Rayuan

CARTA ALIR PROSES

Lihat Carta Alir Proses

* Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan kepada CIDB dalam tempoh 14 hari selepas keputusan

Penilaian Semula (Re-assessment)

Peserta-peserta adalah dibolehkan untuk menduduki penilaian pada bahagian yang gagal sahaja samada teori atau amali. Permohonan untuk Penilaian Semula (Re-Assessment) boleh dibuat dalam tempoh selepas 30 hari dan tidak lewat dari 2 tahun dari tarikh pengeluaran keputusan oleh CIDB.

Lihat Carta Alir Proses

Pengurusan Aduan

Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS CIDB.
https://cims.cidb.gov.my

Senarai Dokumen

Skim Pensijilan Kimpalan (Welding) 

Muat Turun

Skim Pensijilan Ujian Tanpa Musnah
(Non-Destructive Testing – NDT)  

Muat Turun

Skim Pensijilan Jurubagas dan Jurucat
(Blasting and Painting-BPO)

Muat Turun

Borang Pengalaman

Muat Turun

Borang Ujian Penglihatan

Muat Turun

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa

ace

This will close in 20 seconds