Skip to main content
Kisah KejayaanHeightsBeritaAcara & Pengumuman

CIDB Raikan Pencapaian Industri Pembinaan dengan QUEST 2024

By Oktober 24, 2024No Comments
CIDB Celebrates Construction Industry's Achievement with QUEST 2024

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 22 Oktober 2024 meraikan 122 penggiat industri yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di dalam keselamatan dan kesihatan, kemampanan alam sekitar dan kualiti sempena Hari QUEST 2024.

CIDB Celebrates Construction Industry's Achievement with QUEST 2024

QUEST 2024 sebelum ini dikenali dengan nama SHEQ Day, iaitu Hari Safety & Health, Environment and Quality, bertujuan untuk mengiktiraf dan menganugerah pemain industri yang berupaya melaksanakan projek pembinaan dengan menjaga kualiti hasil kerja, kelestarian alam sekitar serta menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan.

QUEST 2024 terus menekankan tumpuan kepada keselamatan dan kesihatan, alam sekitar dan kualiti industri pembinaan negara. Pengiktirafan tahunan ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pemain industri dan pengguna terhadap syarikat terbabit. Dihadiri oleh individu penting dalam sektor ini, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, diiringi oleh Dato Sri Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, merakamkan penghargaan dan kebanggaan yang tidak terhingga kepada setiap syarikat pembinaan yang telah berusaha ke arah matlamat yang sama.

CIDB Celebrates Construction Industry's Achievement with QUEST 2024

Secara tradisi, CIDB menganugerahkan projek-projek mengikut beberapa kategori seperti Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC), Sistem Penilaian Prestasi Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC), Alat Pengekalan Karbon dan Pengekalan alam Sekitar (MyCREST), dan Kemampanan Infrastructure Rating Tool (INFRASTAR). Terdapat dua pencapaian prestasi baharu diperkenalkan oleh CIDB dalam langkah ke arah yang lebih progresif iaitu Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) dan Contractor’s Quality Management System (CQMS) melalui proses audit, dimana pelaksanaan satu proses dapat menyumbang pemarkahan terhadap anugerah lain.

CIDB Celebrates Construction Industry's Achievement with QUEST 2024

Pengiktirafan anugerah ini akan mencorak langkah dalam memastikan aspek kualiti, keselamatan, kesihatan dan kelestarian menjadi kewajipan dalam setiap projek yang dimulakan. 

icw

This will close in 20 seconds