Skip to main content
HeightsAcara & Pengumuman

CIDB Kedah Menerima Kunjungan Hormat dari Kolej Pertanian Malaysia

By Januari 13, 2025No Comments
Kedah CIDB Hosts Courtesy Visit from Malaysian Agricultural College

CIDB Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Pn. Mazayu binti Mohamad (Pengarah) dan dua (2) pegawai lain iaitu En. Ja’far bin Abu Bakar (Timbalan Pengarah) dan Pn. Nor Azlinda binti Saad (Pen. Jurutera Kanan).

Melalui perjumpaan ini, peranan kedua-dua agensi telah dikongsikan. CIDB telah memberi penerangan mengenai peranan CIDB sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta 520. Isu dan permasalahan projek yang membabitkan kontraktor dalam projek pembinaan turut dibincangkan.

Kedah CIDB Hosts Courtesy Visit from Malaysian Agricultural College

Pengarah CIDB Negeri Kedah, menjelaskan mengenai tanggungjawab kontraktor dan tindakan yang boleh dimainkan oleh CIDB untuk membantu klien khususnya agensi/jabatan kerajaan yang berhadapan dengan isu berkaitan kontraktor yang dilantik.

Penguatkuasaan berkaitan Pendaftaran Kontraktor Tempatan dan Asing (Seksyen 25), Pendaftaran Personel Binaan (Seksyen 33), Akreditasi dan Pemerakuan Penyelia Tapak Binaan dan Pekerja Binaan Mahir (Seksyen 33A (1)) serta jPengisytiharan Projek dan Pengenaan Levi (Seksyen 34) turut diterangkan secara komprehensif.