Skip to main content
Kisah KejayaanHeightsBeritaAcara & Pengumuman

Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE) atau Program Pembangunan Usahawan Kontraktor Generasi Baru Bertempat di Akademi Wilayah Sarawak

By April 15, 2024No Comments
Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs (ACE) at the Sarawak Regional Academy 

Seramai 11 orang peserta telah berjaya menamatkan Program ACE – Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs atau Program Pembangunan Usahawan Kontraktor Generasi Baru bertempat di Akademi Wilayah Sarawak. Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan kontraktor alaf baru yang berpengetahuan, berkualiti, kompeten, berdaya saing dan berupaya memacu industri pembinaan Malaysia

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ir. Hj Yusuf bin Hj Abd Wahab, Pengerusi CIDB Malaysia dan Tuan Haji Razuki Ibrahim, Timbalan Ketua Eksekutif I CIDB Malaysia. 

Beliau dalam ucaptamanya turut memetik bahawa Keberkesanan Program ACE ini membawa Malaysia ke arah melahirkan usahawan kontraktor generasi baru dan membentuk “Bangsa Usahawan” dalam Industri Pembinaan Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Program ACE bakal disambung dan dijadualkan akan bermula pada bulan Jun 2024.

Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs (ACE) at the Sarawak Regional Academy 

prtl

 

 

This will close in 20 seconds