Skip to main content
Acara & PengumumanBerita

ABM Wilayah Selatan Latih Dan Akredit Lebih 66,000 Pekerja Mahir Binaan

By Jun 6, 2024Jun 7th, 2024No Comments

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan telah melatih dan mengakredit 66,087 pekerja mahir binaan sejak awal tahun penubuhan bermula 1997.

Latihan yang dilaksanakan CIDB selaras dengan inisiatif kerajaan dalam memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). CIDB memberi tumpuan kepada tred-tred yang berimpak tinggi seperti, Chargeman, Gas Pipe Fitter, Welding, Plumbing, Scaffolding dan Crane Operation. Tred berimpak tinggi adalah antara bidang yang mempunyai permintaan tenaga kerja yang paling tinggi dalam sektor pembinaan. Selain itu, CIDB menghadapi revolusi pendigitalan dalam latihan pembinaan dengan memperkenalkan teknologi terkini seperti Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR) dan drone.

Perkara ini ditekankan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ucapan beliau semasa mengadakan lawatan kerja rasmi ke ABM Wilayah Selatan pada 19 Mei 2024. “Saya amat berbangga melihat usaha CIDB dalam mengintegrasikan teknologi terkini dalam pelaksanaan latihan di ABM Wilayah Selatan, termasuk konsep Pembinaan 4.0 yang merujuk kepada penggunaan teknologi canggih seperti Building Information Modelling (BIM), Automation, Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) dalam sektor pembinaan. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tetapi juga memastikan kualiti dan keselamatan dalam setiap projek pembinaan”.

Turut hadir semasa lawatan kerja rasmi adalah Pengarah CIDB Negeri Johor, Sr Ahmad Farrin Mokhtar, Pengurus Besar CIDB, Ts Emasria Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Selatan, Tuan Haji Mohd Zaidi Bin Rahmat dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Technologies Sdn. Bhd., Encik Mohd Hafiz Dasahi.

ABM Wilayah Selatan juga bekerjasama dengan rakan industri yang memberi peluang pekerjaan kepada pelatih-pelatih ABM Wilayah Selatan dalam tred seperti mechanical fitter, gas pipe fitter, gas pipe insulation, scaffolding, building operation maintenance, air conditioning, crane operation, wireman dan chargeman. Melalui kajian yang dibuat kadar kebolehpasaran graduan ABM Wilayah Selatan adalah sebanyak 83%.

ABM adalah pusat penilaian dan latihan di bawah CIDB Malaysia yang memberi peluang kepada golongan belia dan personel binaan menjalani latihan kemahiran dalam industri pembinaan. Sehingga kini, ABM Wilayah Timur, Utara, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak menawarkan lebih dari 100 tred latihan kemahiran pembinaan yang ditaja oleh CIDB Malaysia.

Kampus-kampus ABM beroperasi di kawasan koridor ekonomi seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

ace

This will close in 20 seconds