
CIDB Malaysia selaku ahli VISTA Advisory Council (VAC) telah menyertai VEN Wilayah Selatan yang diadakan di Hotel Amari Johor Bahru. Objektif program adalah memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan inisiatif VISTA i-plus bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas di Wilayah Selatan.
CIDB yang diwakili oleh Sr. Ahmad Farrin Mokhtar, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Kontraktor dan Personel Binaan telah dijemput sebagai panel forum: “Membina Pekerja Mahir Mampan Untuk Masa Depan” bersama rakan strategik lain seperti Petronas, MOGSC, ILP Pasir Gudang dan JPDC.

Program ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 100 peserta dari agensi kerajaan, institusi latihan TVET dan penggiat industri minyak dan gas. Ia menjadi satu platform interaktif bagi memperkukuhkan jaringan kolaborasi di antara semua pemegang taruh, meningkatkan tahap standard latihan TVET dan meneroka model pembiayaan yang mampan bagi menyokong inisiatif yang digariskan.