Skip to main content
HeightsBerita

Ke Arah Mempertingkatkan Kapasiti dan Kapabiliti Kontraktor 

By April 9, 2025No Comments
Towards Enhancing the Capacity and Capability of Contractors

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Zainora Zainal, menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Gabungan Kontraktor Muallim (PGKM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Roslan Hassan.

PGKM telah bekerjasama rapat dengan CIDB dalam membantu kontraktor mendapatkan latihan dan akreditasi yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing mereka dalam industri pembinaan. Selain itu, PGKM turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan CIDB dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ahlinya dalam penggunaan Building Information Modelling (BIM), seiring dengan perkembangan teknologi dalam sektor pembinaan.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan kontraktor tempatan serta mendorong transformasi industri ke arah pembinaan yang lebih inovatif dan mampan.