Skip to main content
BeritaAcara & PengumumanHeights

Timbalan Menteri Kerja Raya Melawat CIDB untuk Meneroka Kemajuan Latihan dan Inovasi Pembinaan

By Januari 22, 2025No Comments
Deputy Minister of Works Visits CIDB to Explore Advancements in Training and Construction Innovation

Pada 21 Januari 2025, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menerima lawatan rasmi dari Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan yang bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah & Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM), Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Lawatan ini telah memberi penerangan dan pendedahan kepada pihak media untuk hebahan mengenai latihan yang dijalankan oleh ABM Wilayah Tengah dan fungsi serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Makmal Kerja Raya Malaysia untuk industri pembinaan Negara.

Deputy Minister of Works Visits CIDB to Explore Advancements in Training and Construction Innovation

MKRM, yang diuruskan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), sebuah institut di bawah CIDB Malaysia, kini dilengkapi dengan fasiliti untuk menjalankan ujian penuh produk Railway Sleepers dan Railway Bearers yang digunakan dalam industri pembinaan rel di Malaysia. Fasiliti ini telah siap pada tahun 2023, dan CREAM berhasrat untuk memperluaskan lagi pengujian rel MKRM yang merangkumi semua komponen rel seperti trek, fastener, welded joint, dan keseluruhan sistem rel.

Deputy Minister of Works Visits CIDB to Explore Advancements in Training and Construction Innovation

YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengadakan lawatan ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah untuk menyaksikan fasiliti terkini di ABM, termasuk bengkel Simulator Jentera Berat yang merupakan sebahagian daripada usaha mendigitalisasi latihan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pembelajaran praktikal pelatih. Delegasi turut dibawa melawat bengkel kimpalan, sebahagian daripada inisiatif CIDB Malaysia yang dilaksanakan oleh CIDB Technologies, bertujuan memperkukuh kemahiran tenaga kerja pembinaan dalam bidang teknikal yang kritikal.

Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berusaha Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif, CIDB Malaysia, Pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya, Pengurusan atasan CIDB, Ketua Pegawai Ekskutif Anak Syarikat CIDB dan rakan-rakan Media.