Skip to main content
HeightsBerita

CIDB Malaysia Anjur Sesi Libat Urus Bersama Silicon Island Development Berhad

By Januari 16, 2025No Comments
CIDB Malaysia Hosts Engagement Session with Silicon Island Development Berhad

Satu sesi libat urus dan lawatan teknikal dianjurkan oleh CIDB Malaysia dengan Silicon Island Development Berhad pada 15 Januari 2025.

CIDB Malaysia Hosts Engagement Session with Silicon Island Development Berhad

Sesi libat urus ini dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada industri mengenai Akta 520 dan program pembangunan kepada industri. Projek ini adalah salah satu projek terkini dan terbesar yang akan menyumbang kepada ekonomi kerajaan negeri Pulau Pinang dalam jangka masa panjang. Projek ini adalah projek bandar pintar dan mampan serta Hub E&E (Electrical & Engineering). Jangkaan pelan induk pembangunan yang terbahagi kepada projek Infrastruktur 888 ekar, kawasan perindustrian (Green Tech Park) 720 Ekar, kawasan perumahan 388.1 Ekar, komersial 139.6 Ekar dan pembangunan bercampur 164.3 Ekar. menjadikan total 2,300 Ekar. Bagi jumlah reclaim land yang telah di award kepada SRS TC ialah sebanyak 1260 Ekar.

Sesi libat urus ini diketuai oleh En Zahidi Hashim, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Levi, CIDB Malaysia dan turut serta Pengarah Negeri Pulau Pinang Puan Alinda Puteh manakala wakil dari Silicon Island Development Berhad diketuai oleh CEO SID YBhg. Dato’ Szeto Wai Loong.