Pada 9 Januari 2025, Pengurus Projek Potensi Cekal Sdn Bhd, En. Mohd Anuar Bin Mudzal, bersama wakil syarikat, menerima kunjungan hormat delegasi pejabat CNK di Pejabat Tapak Pembinaan Kuartes Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Langkawi.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai CIDB sebagai badan berkanun yang menjalankan 14 fungsi di bawah Akta 520. Program penilaian seperti SCORE, QLASSIC, SHASSIC, CQMS, Pembinaan Modular, dan Akreditasi turut diterangkan untuk diaplikasikan dalam pembangunan projek dan syarikat.
Potensi Cekal memaklumkan bahawa projek ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam penilaian SHASSIC dan berjaya memperoleh penarafan 5 bintang. Pihak Potensi Cekal Sdn Bhd juga akan menyokong serta berbesar hati untuk mempertimbangkan program-program CIDB dan mengalu-alukan kerjasama lanjut.