Skip to main content
HeightsAcara & Pengumuman

Taklimat Pematuhan Pengurusan Fasiliti untuk Hospital Swasta di Negeri Sembilan

By Ogos 30, 2024No Comments
Facility Management Compliance Briefing for Private Hospitals in Negeri Sembilan

Sesi Taklimat Pengurusan Fasiliti (FM) bersama Hospital-hospital Swasta di Negeri Sembilan telah diadakan pada 27 Ogos 2024 bertempat di Arena Premier Boutique Hotel Seremban. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah CIDB Negeri Sembilan iaitu Ts. Nor Hamiza Zahar. Taklimat FM telah disampaikan oleh En. Zahidi Hashim, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Levi, Ibu Pejabat CIDB. 

Seramai lebih kurang 30 peserta telah hadir mewakili tujuh buah hospital swasta. Taklimat turut dihadiri oleh Persatuan Kontraktor Infrastruktur & Pengurusan Fasiliti Bumiputera (PKiF) dan pihak konsesi Kementerian Kesihatan Malaysia (Medivest).

Facility Management Compliance Briefing for Private Hospitals in Negeri Sembilan

Taklimat bertujuan menerangkan fungsi CIDB dan keperluan pematuhan kepada Akta 520 khususnya pengisytiharan projek pembinaan yang melibatkan kerja-kerja pengurusan fasiliti.

ace prog

This will close in 20 seconds