Skip to main content
Tip & PanduanHeightsAcara & Pengumuman

Pelaksanaan Program Pemutihan Pekerja Asing Dalam Sektor Pembinaan

By Ogos 30, 2024No Comments
Implementation of the Whitening Programme for Foreign Workers in the Construction Sector

Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Kali Ke-11, Bil. 2/2024, telah memutuskan pelaksanaan pemutihan bagi pendaftaran pekerja asing dalam sektor pembinaan yang belum berdaftar sebagai Personel Binaan di CIDB. Tempoh pemutihan ini bermula dari Mei hingga Disember 2024.

Majikan dan pekerja asing dengan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan yang belum berdaftar telah dikenalpasti, dan majikan bertanggungjawab untuk mendaftarkan pekerja asing bagi mengelakkan tindakan di bawah Akta 520 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan kursus SICW boleh didapati melalui Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) dengan mengimbas Kod QR yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 03-5567 3300 atau e-Bantuan.

ace prog

This will close in 20 seconds