Skip to main content
search
Pengumuman CIDBInfo Terkini

PROGRAM MULTIDISCIPLINARY BIM WITH AR/VR APPLICATION & LASER SCAN DATA PROCESSING SESI 01

By Ogos 12, 2024No Comments
BIM

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mengadakan Program Multidisciplinary BIM With AR/VR Application & Laser Scan Data Processing. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula pada September 2024 sehingga November 2024 bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?

  • 1) Warganegara Malaysia.
  • 2) Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  • 3) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
  • 4) Pemohon telah menamatkan pengajian diploma atau ijazah dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC).
  • 5) Pemohon boleh memberikan komitmen sepanjang kursus berjalan iaitu selama 2 bulan

APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?

  • 1) Kursus intensif BIM selama 2 bulan
  • 2) Latihan pentauliahan CIDB BIM Advance Modeller (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
  • 3) Pendedahan pelaksanaan projek sebenar
  • 4) Tips & tricks bagi latihan teknikal
  • 5) Elaun & Penginapan sepanjang kursus disediakan.

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

  • Sila lengkapkan borang digital melalui kod QR yang tertera di dalam poster hebahan
  • Tarikh hebahan bermula pada 12 Ogos 2024 dan berakhir pada 28 Ogos 2024.
  • Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga.
  •  Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan.
  • Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami seperti talian berikut :
    •  Admin : +6016-2672016
    •  Email : [email protected]