Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

CIDB Malaysia melancarkan slogan “CIDB Peneraju TVET Pembinaan”

By Ogos 9, 2024Ogos 12th, 2024No Comments
CIDB MALAYSIA launched the slogan "CIDB Pioneer TVET Construction"

CIDB Malaysia telah melancarkan slogan “CIDB Peneraju TVET Pembinaan” bersempena dengan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies (CIDBTech) 2024 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

CIDB MALAYSIA launched the slogan "CIDB Pioneer TVET Construction"

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan Anugerah Ikon TVET Pembinaan kepada 6 alumni ABM termasuk penyerahan bendera kepada 2 pelatih ABM yang akan mewakili Malaysia ke World Skills Lyon 2024, Perancis.

Dalam majlis ini 12 rakan industri telah menerima sijil penghargaan daripada CIDB Malaysia sebagai penghormatan dalam menyokong perkembangan kemahiran serta pertumbuhan industri pembinaan di Malaysia.

CIDB MALAYSIA launched the slogan "CIDB Pioneer TVET Construction"

Turut diraikan 150 graduan yang menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) serta 15 graduan cemerlang yang disampaikan oleh Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.