Skip to main content
Pandangan GlobalHeights

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Kolaborasi Dengan Smart Paints, Lahirkan Pengecat Kompeten

By Mei 8, 2024Mei 10th, 2024No Comments
Malaysia Construction Academy (ABM) Collaborates with Smart Paints to Produce Skilled Painters

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatnya iaitu CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH) telah menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Smart Paints (M) Sdn Bhd dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) dalam pembangunan program latihan TVET Pembinaan. Melalui kerjasama ini Pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) akan diberikan latihan dalam teknik pengecatan dan pengendalian mesin oleh pihak Smart Paints. Pelatih ABM juga akan dibimbing menjadi usahawan dan panel pengecat untuk Smart Paints.

Kerjasama ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti dalam industri pembinaan Malaysia melalui inisiatif latihan yang berstruktur serta sokongan teknikal. MoU ini menetapkan beberapa bidang kerjasama:

  • Smart Paints dan CIDB Holdings – kerjasama untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam latihan kemahiran, terutamanya dalam teknologi pengecatan. Melalui kerjasama ini Smart Paints akan menyediakan mesin cat dan produk mereka ke ABM, bagi melatih pelatih ABM dalam teknikpengecatan dan pengendalian mesin, serta membimbing mereka menjadi usahawan dan panel pengecat Smart Paints.
  • Smart Paints dan PKBM – mewujudkan rangkaian perniagaan secara program vendor iaitu menjadi ejen perniagaan dan pemasaran bersama Smart Paints. Selain memberi peluang kepada kontraktor menjadi panel kontraktor bagi projek-projek Smart Paints
  • CIDB Holdings dan PKBM – kerjasama dalam mengenalpasti dan melaksanakan inisiatif serta berkongsi kepakaran dan teknologi untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran serta menggalakkan penyertaan dari kalangan ahli PKBM di dalam program-program yang berkaitan.
Malaysia Construction Academy (ABM) Collaborates with Smart Paints to Produce Skilled Painters

Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) oleh CIDB Holdings, anak syarikat CIDB Malaysia dengan Smart Paints (M) Sdn Bhd dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM). MoU tersebut ditandatangani oleh Dato Sr Mohd Zaid Zakaria, Pengerusi CIDB Holdings, Datuk Dr Azman Bin Yusoff, Presiden PKBM dan Encik Goh Chye Hin, Pengarah Urusan Smart Paints (M) Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam pelan ini dengan memperkasakan TVET Pembinaan. KKR menerusi CIDB Malaysia melahirkan tenaga-tenaga mahir yang kompeten di Pusat Latihan CIDB iaitu Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies. Sehingga kini lebih dari 420,000 berjaya dilatih dan diiktiraf sebagai pekerja mahir,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dalam ucapan perasmiannya.

Pelancaran Kempen Smart Paints Malaysia

Dalam majlis itu juga, Timbalan Menteri turut merasmikan pelancaran kempen Smart Paints, iaitu “Smart Malaysia – NegaraKu, JenamaKu”, sebagai usaha untuk mendukung produk-produk keluaran tempatan dengan menggunakan teknologi mesra alam. Inisiatif ini selaras dengan komitmen ke arah pematuhan prinsip-prinsip Alam Sekitar, Kestabilan, dan Tadbir Urus (ESG).

Malaysia Construction Academy (ABM) Collaborates with Smart Paints to Produce Skilled Painters

ace

This will close in 20 seconds