Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

Lawatan Tapak Projek dan Perkongsian Sistem Pengurusan dan Amalan Terbaik Syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd melalui Penarafan 5 Bintang (SCORE)

By April 26, 2024No Comments
Project Site Visit And Management System Sharing and Best Practices of Cantilever Bumi Sdn Bhd through 5 Star Rating (SCORE)

Sesi lawatan tapak projek dan perkongsian sistem pengurusan dan amalan terbaik syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd melalui penarafan 5 bintang (SCORE) telah diadakan di tapak projek EKVE, Jalan Kuari Sungai Long, Hulu Langat, Selangor.

Sesi lawatan ini diketuai oleh Pengarah CIDB WPKL, Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj bersama-sama delegasi daripada Ibu Pejabat CIDB serta pihak CREAM. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan perkongsian dan bertukar pandangan bagaimana Syarikat berkemampuan dalam mendapat penarafan 5 Bintang dalam penilaian SCORE.

Dalam sesi perkongsian tersebut, CIDB WPKL bersama pihak Cantilever Bumi Sdn Bhd merancang untuk mengadakan program berkonsep Mentor- Mentee dalam memastikan kontraktor dapat memaksimumkan potensi keupayaan dan kemampuan syarikat khususnya dalam memenuhi keperluan seperti dinyatakan dalam SCORE.

Project Site Visit And Management System Sharing and Best Practices of Cantilever Bumi Sdn Bhd through 5 Star Rating (SCORE)

 

 

lps

This will close in 20 seconds