Majlis sambutan ini dianjurkan oleh pihak CCC ECRL SECTION 2, telah diadakan bertempat di Pejabat CCC ECRL SECTION 2 Kg Raja pada 5 Mac 2024, untuk meraikan kejayaan CCC ECRL SECTION 2 mencapai “FIVE 5 MILLION MAN-HOURS WITHOUT LOST INJURY”. Pihak CIDB juga telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihak CCC ECRL (Seksyen 2) di atas kerjasama dan komitmen dalam mematuhi akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (AKTA 520- bagi skop Akreditasi, Seksyen 33A) sepanjang perlaksanaan projek.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah CIDB Negeri Terengganu, En Muhammad Rizuan bin Hamzah.
Pihak CIDB juga turut membuka booth pameran bagi menyampaikan dan berkongsi info terkini berkaitan program-program CIDB serta kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan.
Pihak CIDB mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha CCC ECRL khususnya Seksyen 2 dalam mematuhi peraturan dan Akta 520 serta undang-undang bertulis yang lain.