Kontraktor di Malaysia kerap berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menjalankan projek pembinaan. Walau bagaimanapun, menggunakan teknologi pemodelan maklumat bangunan (BIM) boleh menyelaraskan proses pembinaan, meningkatkan kecekapan dan memberikan faedah jangka panjang.
Integrasi BIM boleh memberi kesan positif kepada industri pembinaan, memanfaatkan beberapa peringkat projek, daripada fasa reka bentuk sehinggalah ke peringkat penyelenggaraan dan pengurusan.
Salah satu faedah menggunakan teknologi BIM ialah keupayaannya untuk memberikan pandangan menyeluruh tentang projek – ini membolehkan kontraktor mengesan kecacatan reka bentuk dan mengenal pasti potensi konflik pada awal proses pembinaan.
Melaksanakan teknologi BIM dalam proses pembinaan juga megurangkan kemungkinan scenario reka bentuk semula dan kerja semula semasa pembinaan, menjimatkan masa dan mengurangkan kos.
Faedah jangka panjang untuk pelanggan yang menggunakan teknologi BIM dalam projek pembinaan juga penting. Teknologi BIM membolehkan pelanggan mencipta dan mengekalkan data aset yang tepat dan terkini, yang mengurangkan kos penyelenggaraan, meningkatkan kecekapan tenaga dan memaksimumkan jangka hayat bangunan. Pelanggan boleh menggunakan maklumat yang diberikan oleh BIM untuk mengurus aset dengan berkesan dan menyelesaikan masalah dengan segera.
Memang patut dipuji bahawa Program Transformasi Industri Pembinaan Malaysia (CITP), yang dibentuk beberapa tahun lalu, telah membawa kepada peningkatan penggunaan teknologi BIM oleh syarikat pembinaan tempatan kita, mengurangkan potensi kesilapan dan meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam industri pembinaan. Diharapkan lebih banyak syarikat tempatan akan memperkemaskan proses pembinaan mereka dengan mengintegrasikan BIM dalam masa terdekat.